Skip to content


Apa itu H1N1?

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air borne’ dan menjangkit dari manusia kepada manusia lain.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yang air borne, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan ventilation yang baik….akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

Apa yang perlu tahu .

Asal virus

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari
Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
Peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa yang berisiko

1        Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemuk
2        Perempuan yang mengandung
3        Orang yang ada athmatic
4        Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV etc)

* kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan di atas.

Simptom-simptom

Day 1  rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2  selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3  rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4  sakit dada yang teruk..jumpa doktor dengan segera..
Day 5 and above  lung collapse @ koma

Langkah-langkah kawalan

  1. Golongan yg berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan padat dgn orang ramai)
  2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan    persekitaran .
  3. Elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
  4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurangnya 3 ply mask)
  6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
  7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
  8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
  9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
  10. Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawall-awalnya pada oktober dan hanya untuk ‘frontliner’ sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
  11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia dan mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.


**Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah kawalan penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific Klia pada 01.08.2009.**

artikel daripada email viral.

Posted in Berita semasa, kesihatan.

Tagged with , , , , , , , .


Vokalis Rabbani, Ustaz Asri meninggal dunia.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang merupakan ketua kumpulan dan vokalis Rabbani meninggal dunia hari ini kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai Bangsar. Dia dikatakan diserang penyakit jantung ketika menghadari program sidang media Syahadah musim kelima di RTM angkasapuri. Program itu akan disiarkan pada bulan ramadhan akan datang.

Allahyarham semasa hayatnya turut aktif berdakwah dalam pelbagai program keagamaan dan selalu menjadi bilal dan imam kerana pengetahuan agama yang baik. Arwah dilahirkan di Klang pada 3 ogos 1969 meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan dan enam orang cahayamata.

Menurut seorang anggota Rabbani, Mohd Asri Baidul @Ubaidullah, arwah mengadu sakit dan muntah-muntah pada subuh tadi dan arwah yang tiba di RTM dalam keadaan lemah tetap ingin meneruskan program tersebut.

Jenazah allahyarham Ustaz Asri difahamkan akan dikebumikan di Tanah perkuburan islam Bukit Lancong,Shah Alam hari ini. Takziah untuk keluarga Ustaz Asri. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

-AL FATIHAH-

Posted in Artis, Berita semasa, Hiburan, Islam.

Tagged with , , , .


Setem Movie Review

Setem merupakan filem terbaru arahan Kabir Bhatia. X tau kenapa rase macam nak tengok Setem ni. Mungkin sebab ada Afdlin Shauki, Sathia, Harun Salim Bachik dan lain-lain yang aku rasa memang berbaloi kalau gi tengok. Malam isnin lepas aku gi tengok kat Mines. Tak ramai mungkin sebab esoknya hari kerja, seat kebanyakannya kosong.

Starting cerita ni bg aku x berapa best sangat. Banyak pasal sejarah setem yang bernilai 4 juta USD. Setem ini sangat dikehendaki oleh penjenayah setelah ia diistiharkan berharga 4 juta USD dan akan dipamerkan di Muzium Melaka. Afdlin( Jo) dan Rashidi Ishak( Sid) diarahkan oleh Pak Ramli(Aziz Satar) untuk mencuri Setem tersebut bagi membantu menyelamatkan rumah anak yatim yang bakal dijual. Jo dan Sid pada mulanya tak mahu buat kerja yang berisiko itu tetapi memandangkan Pak Ramli hanya mahukan RM500,000.00 sahaja untuk membeli rumah anak yatim dan selebihnya mereka boleh ambil maka mereka bersetuju. Kerja-kerja risikan untuk mendapatkan maklumat dijalankan bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Geng Piranha dapat menghidu apa yang sedang diusahakan oleh Jo dan Sid. Ketua mereka mahukan mereka bekerjasama untuk mendapatkan setem tersebut dan jika tidak mereka akan menjadi mangsa ikan piranha.

Dalam masa yang sama bekas banduan Indi( Mani ) dan Sathia (vellu) yang merupakan security guard telah merancang untuk merompak setem tersebut. Kebetulan Vellu bekerja di Syarikat Keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium Melaka.

Pada hari setem itu hendak dipindahkan Isma Yusoof (Aryanto) telah memasuki Malaysia secara haram dan telah sampai di lokasi rompakan dengan keadaan huru hara takut dikejar polis. Kemudian Aryanto telah menyaksikan rompakan itu dan setem itu melekat di pipi Aryanto. Dia melarikan diri mencari Marcello, yang merupakan kepala yang mencari pekerjaan untuk pendatang tanpa izin. Marcello yang mengetahui Aryanto memiliki setem berharga itu terus menghubungi rakan untuk dijual.

Sid dan kuncu geng piranha yang dapat tahu marcello hendak jual setem tersebut telah pergi ke tempat Marcello untuk berurusniaga. Dan Polis dapat tahu , berlaku adegan tembak-menembak antara polis dan kuncu geng piranha iaitu Burn (Bront Palarae). Burn merupakan pakar dalam kendalian bahan api telah menyaksikan polis berlari bertempiaran ketika burn melepaskan bom tangannya. Bg aku scene ni best, dengan sound yang hebat dan kesan khas sedikit sebanyak membantu jalan cerita. Marcello kena tembakan dan memberikan setem tersebut kepada Aryanto untuk dilarikan. Aryanto yang blur ingat Sid nak tangkap die terus lari bawa setem tersebut.

Yang bestnya setem tu melayang layang dan akhirnya tiba di rumah Iskandar lakonan Que Haidar dan kakaknya Alliya lakonan Vanidah Imran. Mani yang tahu setem itu ade dirumah itu telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya sehingga terpaksa merompak posmen yang mengangkat surat mengandungi setem berharga itu.

Sid dan burn berjaya menjejaki Mani dan berlaku insiden Iskandar yang buta telah memandu kereta melalui arah yang salah. Ini juga merupakan scene yang menarik dan beberapa adegan lucu lakonan Que Haidar. Akhirnya setem itu telah jatuh ke tangan ketua Geng Piranha, Lim. Watak Lim juga merupakan watak yang menghidupkan suasana apabila dia kerap bercakap loghat utara. Jika ade scene berkaitan Lim mesti anda akan tergelak besar.

Setelah Lim dapat setem itu dia telah cuba menjualnya namun setem itu dikatakan palsu. Dan semuanya yang terlibat dengan perjalanan setem ini mendapat tahu yang ini cuma satu penipuan yang dilakukan oleh tuan punya setem untuk menuntut insurans daripada setem yang telah hilang.

Sid dan Jo serta beberapa yang lain telah cuba memulangkan “paku buah keras” kepada tuan punya setem, Charles Baring. Dia yang akan bertolak pulang ke tanah air telah dikejutkan dengan pemeriksaan polis yang mendapati setem itu masih ada dalam beg pakaian sedangkan dia telah menuntut insurans atas kehilangan setem tersebut.

Akhirnya Sid dan Jo telah mencari dan mengkaji tentang kewujudan setem itu yang original dan ia mungkin berada di Melaka. Mereka telah berjumpa dengan waris pembuat setem tersebut dan menjumpai setem tersebut terselit di tempat pencetak setem tersebut. Dan mereka telah berjaya menjualnya dengan persetujuan Suraya waris pembuat setem tersebut lakonan Diana Danielle. Ending cerita ini happy je pasal semua dapat merasa duit hasil jualan setem tersebut.

Bagi aku filem ini wajib ditonton jika korang rasa kurang gelak sebulan dua ni pergi la layan cerita ini dan ia berbaloi dengan nilai tiket yang dilaburkan. Jika nak share pasal cerita ini boleh beri komen di bawah. :)

Posted in Artis, Hiburan, Review Filem.

Tagged with , , , , , .


Arsenal ungguli Emirates Cup.

Arsenal memenangi Piala Emirates setelah kemenangan 3-0 mengatasi Rangers di Utara london semalam juga menyaksikan Piala Pertama Pra musim mereka. Pemain tengah muda mereka , Jack Wilshere menjaringkan 2 gol ketika menentang Rangers dan beraksi cemerlang di kedua-dua perlawanan di Piala Emirates. Arsenal yang sebelum ini menang ke atas Atletico Madrid 2-1 menyaksikan Andrei Arshavin menjaringkan kedua-dua gol Arsenal. Perlawanan itu menarik dengan kedua-dua pasukan memburu gol pendahuluan dan menyaksikan kematangan dalam corak permainan ‘counter attack ‘ kedua pasukan.

Pemain berusia 17 tahun ,Jack Wilshere menunjukkan prestasi cemerlang dengan membantu Arsenal memenangi Piala Emirates. Beberapa pemain muda juga menunjukkan peningkatan seperti Fran Merida, Sanchez Watt, Aaron Ramsey dan penjaga gol muda Vito Mannone. Disamping itu pemain tengah Arsenal yang baru pulih dari kecederaan selama 18 bulan ,Tomas Rosicky membuat penampilan pertama sejak pulih dari kecederaan. Rosicky beraksi baik pada kedua-dua perlawanan dan membantu Arsenal melancarkan serangan ke atas kubu lawan.

Arsenal berjaya mendapatkan semula keyakinan dalam permainan setelah menjual pemain bintang mereka Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure ke Manchester City. Arsenal dijangka menghadapi masalah setelah menjual beberapa pemain bintang tetapi permainan mereka semakin bertambah baik. Terdapat juga spekulasi yang mengatakan Arsenal akan membawa balik bekas kapten mereka ,Patrick Viera sebelum bermula musim baru ini dan Arsene Wenger mengesahkan ia masih dalam pertimbangan.

Posted in Berita semasa, Sukan.

Tagged with , , , , , , , .


Kematian Michael Jackson sebuah konspirasi.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di  England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?.

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak  MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

-Artikel diperolehi daripada penghantar email-

Posted in Agama, Artis, Hiburan.

Tagged with , , , .